Da'wah Mengajak Kepada Aqidah Yang Shahih memerlukan Usaha Yang Sungguh-Sungguh Dan Berterusan
OlehSyaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani
Da'wah mengajak kepada tauhid dan menetapkan tauhid di dalam hati manusia memerlukan kita tidak membiarkan melewati ayat-ayat tanpa perincian sebagai mana pada masa-masa awal.
Demikian itu kerana, yang pertama mereka memahami ungkapan-ungkapan bahasa Arab dengan mudah, dan yang kedua kerana ketika itu tidak ada penyimpangan dalam hal aqidah yang muncul dari ilmu falsafah dan ilmu kalam yang bertentangan dengan aqidah yang lurus.
Keadaan kita pada saat ini berbeza dengan keadaan kaum muslimin pada masa-masa awal. Maka tidak boleh kita menganggap bahawa dakwah mengajak kepada aqidah yang benar pada masa ini adalah mudah seperti keadaan masa-masa awal. Dan saya ingin mendekatkan hal ini dengan satu contoh yang dalam contoh ini dua orang tidak saling berselisih, Insya Allah, iaitu:
Diantara kemudahan yang dikenali ketika itu adalah bahawa para sahabat mendengar hadis dari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam secara langsung, kemudian para tabi'in mendengar hadis dari para sahabat secara langsung ... demikianlah kami mendapati pada tiga generasi yang dipersaksikan mempunyai kebaikan.
Dan kami bertanya: Apakah ketika itu di sana terdapat suatu ilmu yang disebut dengan ilmu hadis? Jawapannya "tidak". Dan apakah ketika itu disana terdapat ilmu yang disebut ilmu Jarh wa ta'dil?Jawapannya "tidak". Adapun sekarang, seseorang penuntut ilmu mesti mempunyai kedua-dua ilmu ini, kedua-dua ilmu ini termasuk fardhu kifayah. Hal itu agar seorang 'alim pada saat ini mampu mengetahui suatu hadith apakah sahih atau dhaif.
Maka urusannya tidaklah dianggap mudah sebagaimana urusan ini mudah bagi para sahabat, kerana para sahabat mengambil hadis dari sahabat lain yang mereka itu telah dijamin dengan persaksian Allah Azza wa Jalla atas mereka ... hingga masa akhir.
Maka apa-apa yang ketika itu mudah, tidaklah mudah pada masa saat ini dari sisi kejernihan ilmu dan kepercayaan sumber pengambilan ilmu. Oleh kerana itu, harus ada perhatian yang serius terhadap masalah ini dengan betul berupa apa-apa yang sesuai dengan problem-problem yang mengelilingi kita sebagai kaum muslimin sekarang ini dimana problem ini tidak dimiliki oleh kaum muslimin generasi awal dari sisi kekotoran aqidah yang menyebabkan (secara ) problema-problema dan menimbulkan syubhat-syubhat dari ahli-hali bid'ah yang menyimpang dari aqidah yang sahih dan manhaj yang benar dengan nama yang bermacam-macam, antaranya adalah seruan untuk mengikuti Al-Qur'an dan As-Sunnah menurut pemikiran mereka , sebagaimana diakui oleh orang-orang yang menisbahkan (diri) kepada ilmu kalam.
Dan ada baiknya di sini kami menyebutkan sebahagian apa-apa yang terdapat dalam hadis sahih tentang hal ini, di antaranya adalah bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ketika beliau menyebutkan tentang ghuraba' (orang-orang yang asing) pada sebahagian hadis-hadis tersebut, beliau bersabda:
"Ertinya: 'Bagi satu orang di antara mereka lima puluh pahala' Mereka (para sahabat) berkata (50 pahala) dari kami atau dari mereka ya Rasulullah? Beliau menjawab: 'Dari kalian'". [1]
Dan ini termasuk dari hasil keterasingan yang sangat bagi Islam pada saat ini dimana keterasingan seperti itu tidak terjadi pada masa-masa generasi awal. Tidak diragukan lagi, bahawa keterasingan pada masa generasi awal adalah keterasingan antara kesyirikan yang jelas dan tauhid yang bersih dari segala noda, antara kekufuran yang nyata dari iman yang benar.
Adapun sekarang ni problem yang terjadi adalah di antara kaum muslimin itu sendiri, sebahagian besar daripada mereka tauhidnya dipenuhi dengan noda syirik, dia memperuntukkan ibadah-ibadah kepada selain Allah dan dia mengaku beriman.
Permasalahan ini harus mendapat perhatian yang pertama. Dan yang kedua, tidak sepatutnya sebahagian orang berkata: "Sesungguhnya kita harus berpindah kepada tahap yang lain selain tahap tauhid, iaitu kepada politik!!" Kerana dakwah pertama dalam Islam adalah dakwah yang hak (iaitu dakwah mengajak kepada kebenaran) maka tidak sepatutnya kita berkata: "Kami adalah orang Arab dan Al-Qur'an turun dengan bahasa kami"
Padahal perlu diingat bahawa orang Arab pada saat ini berbeza dengan orang arab 'ajam yang memahami bahasa mereka sendiri.Hal ini menyebabkan jauhnya mereka dari kitab Tuhan mereka dan sunnah Nabi mereka.
Taruhlah bahawa kita ini orang Arab dan telah memahami Islam dengan pemahaman yang benar, tetapi tidak memerlukan kita untuk berpolitik dan menggerakkan manusia dengan gerakan-gerakan politik serta menyibukkan mereka dengan politik, tetapi kewajipan mereka sekarang ini adalah memahami Islam dalam hal aqidah, ibadah, muamalah , dan akhlak!!
Saya tidak yakin bahawa sekarang ini terdapat suatu bangsa yang terdiri daripada berjuta-juta orang telah memahami Islam dengan pemahaman Islam yang benar dalam hal aqidah, ibadah, dan akhlak, dan mereka telah terdidik atas hal tersebut.
[Disalin dari buku At-Tauhid Awwalan Ya Du'atal Islam, edisi Indonesia TAUHID, Priorias Pertama dan Utama, oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani, hal 36-40, terbitan Darul Haq, penerjemah Fariq Gasim Anuz]_________Foote Note[1]. [Hadits Shahih: Diriwayatkan oleh At-Thabrani dalam Mu'jam Al-Kabir (10/225) No. 10394, dari hadis Ibnu Mas'ud Radhiyallahu 'anhu. Dan hadis ini mempunyai syahid dari hadis 'Uqbah bin Ghazwan salah seorang sahabat Radhiyallahu' anhu yang diriwayatkan oleh Al-Bazzar sebagaimana dalam Al-Zaqaid (7.282). Dan hadis ini pun mempunyai syahid yang lain dari hadits Abu Tsa'labah Al-Khusyani Radhiyallahu 'anhu yang diriwayatkan oleh Abu Daud (4341). Dan dishahihkan oleh Al-Albani dalam Ash-Shahihah (494)
Wajib Atas Setiap Muslim Menerapkan Hukum Allah Dalam Segala Aspek Sesuai Dengan Kemampuannya

Kewajiban setiap muslim adalah beramal sesuai dengan kemampuannya, Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai kesanggupannya. Menegakkan tauhid dan ibadah yang benar tidak mesti disertai dengan menegakkan daulah Islamiyah di negeri-negeri yang tidak berhukum dengan apa-apa yang Allah turunkan, kerana undang-undang Allah yang pertama kali wajib ditegakkan adalah menegakkan tauhid.
Dan tidak diragukan lagi, ada perkara-perkara khusus yang terjadi pada sebahagian masa, iaitu uzlah (mengasingkan diri) lebih baik daripada bercampur baur, sehingga seorang muslim mengasingkan diri di suatu lembah atau tempat terpencil, dan dia beribadah kepada Rabbnya, selamat dari kejahatan manusiakepadanya dan dari kejahatan dirinya kepada manusia.
Perkara ini terdapat dalam hadis-hadis yang sangat banyak, meskipun hukum asalnya seperti terdapat dalam hadis ibnu Umar Radhiyallahu 'anhuma.
"Ertinya: Orang mukmin yang bergaul dengan manusia dan sabar terhadap kejahatan mereka lebih baik daripada orang mukmin yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak sabar terhadap kejahatan mereka" [1]
Maka, daulah Islamiyah-tidak diragukan-sebagai cara untuk menegakkan hukum Allah di bumi, dan bukan tujuan.
Dan termasuk hal yang menghairankan telah menimpa kepada sebahagian pendakwah iaitu: Mereka memberikan perhatian kepada perkara-perkara yang tidak mampu dilaksanakan dan meninggalkan kewajiban yang mudah bagi mereka untuk melaksanakannya!! Iaitu dengan berjihad melawan hawa nafsu mereka sebagaimana yang dikatakan oleh seorang da'i muslim yang memberi wasiat kepada para pengikutnya dengan ucapannya:
"Ertinya: Tegakkan daulah Islam dalam diri-diri kamu, nescaya akan tegak daulah Islam itu di bumi kalian".
Meskipun bersamaan dengan itu, kami mendapati kebanyakan dari pengikutnya menyelisihi wasiat itu, mereka menjadikan puncak da'wah mereka adalah mengesakan Allah Azza wa Jalla dalam hal undang-undang, dan mereka mengistilahkan hal itu dengan istilah yang terkenal: "Al-Hakimiyah untuk Allah". Tidak ragu bahawa undang-undang adalah milik Allah semata-mata, tidak ada sekutu bagi-Nya dalam hal itu atau dalam hal lain.Akan tetapi sebahagian mereka termasuk orang yang taklid kepada mazhab di antara mazhab-mazhab yang empat pada saat ini, kemudian ketika didatangkan kepadanya As-Sunnah yang jelas dan sahih, dia berkata: "Ini menyalahi mazhabku!". Maka dimanakah kebenaran berhukum dengan apa-apa yang Allah turunkan dalam hal mengikuti sunnah?!. Dan di antara mereka didapati termasuk orang-orang yang beribadah kepada Allah mengikuti tarikat-tarikat shufiah!. Maka dimanakah kebenaran berhukum dengan apa-apa yang Allah turunkan dalam hal tauhid?!Sehingga mereka menuntut dari orang lain apa-apa yang tidak mereka tuntut dari diri mereka sendiri.
Sesungguhnya termasuk hal yang sangat mudah sekali bagi kamu adalah melaksanakan undang-undang dengan apa-apa yang Allah turunkan dalam hal aqidah, ibadah, akhlakmu dalam hal mendidik anak-anakmu di rumah, dalam hal jual belimu, sementara itu termasuk hal yang sangat sukar sekali adalah engkaumemaksakan atau menyingkirkan penguasa yang dalam kebanyakan hukum-hukumnya berhukum dengan selain apa-apa yang Allah turunkan. Maka mengapa engkau meninggalkan hal yang mudah dan mengerjakan hal yang sulit?.
Hal ini menunjukkan kepada salah satu di antara dua kemungkinan, kemungkinan pertama buruknya pendidikan dan bimbingan, kemungkinan kedua disebabkan buruknya aqidah yang mendorong mereka sehingga lebih memperhatikan apa-apa yang mereka tidak sanggup untuk merealisasikannya daripada memperhatikan apa-apa yang masih dalam batas kesanggupan mereka.
Pada saat ini, saya tidak melihat kecuali menyibukkan diri untuk mengadakan tashfiyah dan tarbiyah serta mendakwahkan manusia kepada aqidah dan ibadah yang benar. Semuanya itu sesuai dengan batas kemampuan masing-masing. Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kesanggupannya. Alhamdulillah Rabbil 'alamin.
Selawat dan salam ke atas Nabi kita Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam dan keluarganya.
[Disalin dari buku At-Tauhid Awwalan Ya Du'atal Islam, edisi Indonesia TAUHID, Prioritas Pertama dan Utama, oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani, hal 52-56, terbitan Darul Haq, penerjemah Fariq Gasim Anuz]_________Foote Note[1]. Hadits Shahih diriwayatkan oleh At-Tirmidzi (2507), Ibnu Majah (4032), Al-Bukhari dalam Al-Adabul Mufrad (388), Ahmad (5/365), dari hadis syaikh di antara para sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, dan dishahihkan oleh Al-Albani dalam Ash-Shahihah (939)
Asas Perubahan Kepada Perbaikan Adalah Manhaj Tasfiyah Dan Tarbiyah

Oleh kerana itu, kami selalu mendengungkan pada setiap saat dan memfokuskan pada seputar dua point mendasar yang merupakan kaedah perubahan yang benar. Kedua-duanya adalah Tashfiyah (pemurnian) dan Tarbiyah (pendidikan), kedua hal ini mesti berjalan bersama-sama sekaligus, iaitu tashfiyah dan tarbiyah.
Jika dalam suatu negeri terdapat suatu jenis dari tashfiyah, iaitu tashfiyah dalam hal aqidah, maka hal ini termasuk peristiwa yang sangat besar yang terjadi dalam masyarakat Islam yang merupakan sebahagian bangsa di antara bangsa-bangsa lain.
Adapun dalam hal ibadah, maka perlu membebaskan ibadah itu dari fanatik mazhab yang sempit dan berusaha kembali kepada sunnah yang sahih. Kadang-kadang terdapat ulama besar yang memahami Islam dengan pemahaman yang sahih dari segala sisi, tetapi saya tidak yakin bahawa ada satu, dua, tiga, sepuluh atau dua puluh orang saja mampu menegakkan kewajiban mengadakan tashfiyah (pemurnian) Islam dari setiap apa yang masuk kedalamnya, baik dalam hal aqidah, ibadah atau akhlak.
Sesungguhnya orang yang sedikit tidak akan mampu menunaikan kewajipan ini, iaitu kewajiban mengadakan tashfiyah (pemurnian) dari apa-apa yang melekat dengan Islam berupa hal-hal yang masuk ke dalam Islam (padahal sebenarnya bukan dari Islam) serta kita harus mendidik orang-orang di sekitar kita dengan tarbiyah (pendidikan) yang benar dan lurus, akan tetapi tashfiyah dan tarbiyah sekarang ini telah hilang.
Oleh kerana itu, gerakan politik di masyarakat Islam mana-mana yang tidak berhukum dengan syari'at (Islam) akan menghasilkan kesan yang buruk sebelum kita merealisasikan dua masalah penting ini.
Adapun nasihat itu dapat menggantikan kedudukan gerakan politik di negeri mana-mana yang berhukum dengan syari'at, dengan cara musyawarah atau menyampaikan nasihat dengan cara yang lebih baik sesuai dengan batasan-batasan syar'i yang jauh dari bahasa pemaksaan atau pendiskriminatifan. Menyampaikan nasihat itu akan menegakkan hujjah dan membebaskan kita dari dosa.
Dan termasuk sebagai nasihat adalah kita menyibukkan manusia dengan apa-apa yang bermanfaat bagi mereka, dengan memperbaiki aqidah, ibadah, akhlak dan muamalah.
Sebahagian mereka menduga bahawa kami ingin merealisasikan tarbiyah dan tashfiyah pada masyarakat Islam seluruhnya. Hal ini tidak pernah kami fikirkan dan impikan dalam tidur, kerana merealisasikan hal itu adalah mustahil, dan kerana Allah Azza wa Jalla berfirman dalam Al-Qur'an Karim.
"Ertinya: Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat" [Hud: 118].
Firman Allah ini tidak akan terlaksana pada mereka kecuali apabila mereka memahami Islam dengan pemahaman yang benar dan mendidik diri mereka serta keluarga mereka dengan dan orang-orang disekitar mereka, di atas Islam yang benar ini.
[Disalin dari buku At-Tauhid Awwalan Ya Du'atal Islam, edisi Indonesia TAUHID, Prioritas Pertama dan Utama, oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani, hal 41-43, terbitan Darul Haq, penerjemah Fariq Gasim Anuz]
Penjelasan Tentang Ketidak jelasan Aqidah Yang Benar Dan Akibatnya Dalam Benak Kebanyakan Orang

Dari contoh ini, saya ingin menjelaskan bahawa aqidah tauhid dengan segenap konsekuensinya tidaklah jelas-sayang sekali-di benak majoriti orang-orang yang beriman kepada aqidah salaf itu sendiri, apalagi di benak orang lain yang mengikuti aqidah asy'ariyah atau maturidiyah atau jahmiyah dalam masalah seperti ini.
Maka saya melontarkan contoh seperti tadi untuk menunjukkan bahawa masalah ini tidaklah semudah seperti yang digambarkan oleh sebahagian pendakwah yang bersama-sama dengan kita dalam menda'wahkan Al-Qur'an dan As-Sunnah sekarang ini, sesungguhnya urusannya tidaklah mudah sebagaimana yang disangka oleh sebahagian mereka.
Dan sebabnya adalah seperti apa yang telah dijelaskan terdahulu, iaitu berupa perbezaan antara orang-orang jahiliyah musyrik yang pertama, ketika mereka diseru untuk mengucapkan Laa Ilaaha Illallah, mereka menolak kerana mereka memahami makna kalimat thayyibah ini, dan antara majoriti kaum muslimin pada masa ini yang mengucapkan kalimat thayyibah tetapi tidak memahami maknanya secara benar.
Perbezaan ini merupakan perbezaan yang pokok, terbukti dalam masalah aqidah seperti tadi, yang saya maksud adalah masalah ketinggian Allah Subhanahu wa Ta'ala di atas semua makhluk-Nya.Hal ini memerlukan penjelasan, seorang muslim tidaklah cukup hanya meyakini:
"Ertinya: (Allah) Yang Maha Pemurah bersemayam di atas 'Arsy".[Thaha: 5]
Irhamuu man fii al-ardhi yarhamkum man fii asy-samaa'i
"Ertinya: Sayangilah yang ada di bumi, nescaya yang dilangit akan menyayanginmu" [Hadits Shahih diriwayatkan oleh Abu Daud (4941), dan At-Tirmidzi (1925), dan dishahihkan oleh Al-Albani dalam Ash-Shahihah (925)].
Tanpa dia mengetahui bahawa kata "Fii" yang terdapat dalam hadis tersebut bukan bererti menunjukkan tempat (di bawah). Hal itu seperti "Fii" yang terdapat dalam firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
Am amintum man fii asy-samaa'i
"Ertinya: Apakah kamu merasa aman dari (Allah) yang di (atas) langit" [Al-Mulk: 16].
Kerana "Fii" disini maknanya adalah "'Ala" (di atas), dan dalil tentang hal itu banyak, bahkan banyak sekali. Di antaranya adalah hadis terdahulu yang banyak disebut oleh manusia, dan hadis itu dengan seluruh jalannya-Alhamdulillah-sahih. Dan makna sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam: "Sayangilah yang ada di bumi" bukan bererti serangga dan ulat-ulat yang ada di dalam bumi!
Tetapi yang dimaksudkan adalah yang berada di atas bumi, seperti manusia dan haiwan. Dan hal itu sesuai dengan sabda beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam: "... maka yang di langit akan menyayangimu" maksudnya: yang di atas langit. Orang-orang yang telah menerima dakwah yang hak (benar) ini mesti berada di atas kejelasan tentang butir-butir seperti tadi. Dan contoh lain yang mendekati hadis diatas, hadis Al-Jariyah yang dia itu adalah pengembala kambing, hadis ini masyhur, saya akan menyebutkannya sebagai penguat.
Ketika Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bertanya kepadanya: "Di mana Allah?" Dia menjawab: "Di langit" [Hadits Shahih diriwayatkan oleh Muslim (537), Abu Daud (930) Nasa'i (I/14-18) dari hadis Mu'awiyah bin Al-Hakami As-Sulami radhiyallahu 'anhu]
Seandainya engkau pada hari ini bertanya kepada beberapa guru besar Al-Azhar-misalnya-: "Dimana Allah?", Maka mereka akan menjawab: "Di setiap tempat!". Padahal Jariyah (budak wanita) menjawab bahawa Allah di langit, dan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam membenarkan jawapan Jariyah tersebut. Mengapa?Kerana Jariyah itu menjawab mengikut fitrah dan dia hidup di tempat yang membolehkan dengan istilah kita pada masa ini untuk kita namakan dengan sebutan "lingkungan salafiyah" yang belum tercemar dengan persekitaran yang buruk, kerana dia telah lulus dari "madrasah Rasul Shallallahu 'alaihi wa sallam" sebagaimana yang mereka istilahkan sekarang ini.
Madrasah ini tidak khusus hanya bagi sebahagian laki-laki dan tidak pula hanya bagi sebahagian wanita. Tetapi madrasah ini untuk seluruh lapisan masyarakat yang terdiri dari laki-laki dan wanita, oleh kerana itu seorang pengembala kambing mengetahui aqidah yang benar, kerana dia tidak tercemar dengan persekitaran yang buruk.
Dia mengetahui aqidah yang benar sebagaimana terdapat dalam kitab Al-Qur'an dan As-Sunnah, padahal kebanyakan dari orang-orang yang mengaku mempunyai ilmu tentang Al-Qur'an dan As-Sunnah tidak mengetahui hal tersebut, dia tidak mengetahui dimana Tuhannya! . Padahal masalah tersebut disebutkan dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah.
Pada hari ini saya mengatakan bahawa tidak didapati sedikit pun dari penjelasan ini di kalangan kaum muslimin, di mana seandainya engkau bertanya-saya tidak mengatakan kepada pengembala kambing-tetapi kepada pemimpin umat atau kelompok maka dia akan bingung ketika menjawab sebagaimana kebanyakan manusia bingung saat ini kecuali orang -orang yang dirahmati Allah, dan jumlah mereka itu sangat sedikit.
[Disalin dari buku At-Tauhid Awwalan Ya Du'atal Islam, edisi Indonesia TAUHID, Prioritas Pertama dan Utama oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani, hal 31-35, terbitan Darul Haq, penerjemah Fariq Gasim Anuz]
Kewajiban Memberikan Perhatian Kepada Aqidah Tidak Bererti Melalaikan Syariat Yang Lain

Saya mengulangi amaran ini bukan bermaksud bahawa saya di dalam perbincangan tentang penjelasan hal yang terpenting kemudian yang penting lalu apa yang ada di bawahnya, agar para da'i menyekat untuk semata-mata menda'wahkan kalimat thayyibah dan memahamkan maknanya saja, namun setelah Allah menyempurnakan nikmat -Nya kepada kita dengan menyempurnakan agama-Nya!, bahkan merupakan suatu kemestian bagi para da'i untuk membawa Islam ini secara keseluruhan, tidak sepotong-potong.
Dan ketika saya mengatakan hal ini setelah adanya penjelasan yang kesimpulannya adalah para pendakwah Islam benar-benar memberikan perhatian kepada sesuatu yang paling penting dalam Islam, iaitu memahamkan kaum muslimin kepada aqidah yang benar berpunca dari kalimat thayyibah Laa Ilaaha Illallah, maka saya ingin membahas bahawa penjelasan tersebut tidak bererti seorang muslim hanya semata-mata memahami makna Laa Ilaha Illallah iaitu: "Tidak ada yang diibadahi dengan hak dalam alam semesta ini kecuali Allah saja!"
Akan tetapi hal itu juga memerlukan seorang muslim memahami ibadah-ibadah lain yang seyogyanya Rabb kita diibadahi dengannya, dan tidak memperuntukkan sedikit pun dari ibadah itu kepada seorang hamba di antara hamba-hamba Allah Subhanahu wa Ta'ala. Penjelasan tentang butiran ini juga harus diiringi dengan makna yang ringkas dari kalimat thayyibah tersebut. Dan ada baiknya saya akan memberikan beberapa contoh-sesuai dengan apa yang nampak bagiku-, kerana penjelasan global saja tidaklah cukup.
Saya katakan bahawa sesungguhnya kebanyakan kaum muslimin yang bertauhid dengan betul dan orang-orang yang memperuntukkan ibadah hanya kepada Allah Azza wa Jalla, hati mereka hampa dari pemikiran dan keyakinan-keyakinan yang benar, yang disebutkan dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah.
Kebanyakan orang-orang yang bertauhid itu membaca banyak ayat dan hadis-hadis yang berisi tentang aqidah, tetapi mereka tidak memperhatikan apa yang tersirat di dalamnya, padahal itu termasuk dari kesempurnaan iman terhadap Allah Azza wa Jalla.
Ambillah satu contoh aqidah iaitu beriman terhadap ketinggian Allah Azza wa Jalla di atas apa-apa yang Dia ciptakan.Berdasarkan pengalaman, saya mengetahui bahawa majoriti dari saudara-saudara kita yang bertauhid dan bermanhaj salaf (mengikuti pemahaman salafus soleh) meyakini bersama-sama kita bahawa Allah Azza wa Jalla berada di atas 'Arsy dengan tanpa ta'wil (mengubah arti) dan tanpa takyif (menanyakan bagaimana).
Akan tetapi ketika datang kepada mereka kaum mu'tazilah moden atau jahmiyah moden atau orang-orang maturidi atau asy'ari yang menyampaikan kepada mereka syubhat yang memahami berdasarakan zahirnya saja, dimana orang yang memberi syubhat mahupun orang yang diberi syubhat tersebut tidak memahami maknanya, maka dia menjadi bingung terhadap aqidahnya dan tersesat jauh.
Mengapa? Kerana dia tidak mengambil aqidah yang benar dari segala sisi yang telah dipaparkan penjelasannya dalam Kitabullah Azza wa Jalla dan hadis Nabi kita Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam ketika orang mu'tazilah moden itu berkata: Allah Azza wa Jalla berfirman:
"Ertinya: Apakah kamu merasa aman terhadap (Allah) yang ada di langit?". [Al-Mulk: 17]
Dan kamu berkata sesungguhnya Allah di langit, maka ini maknanya adalah bererti kalian menjadikan sesembahan kamu berada pada suatu tempat iaitu langit yang merupakan makhluk!!.
Maka dia melontarkan syubhat kepada orang yang ada di hadapannya.
[Disalin dari buku At-Tauhid Awwalan Ya Du'atal Islam, edisi Indonesia TAUHID, Prioritas Pertama dan Utama, oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani, hal 27-30, terbitan Darul Haq, penterjemah Fariq Gasim Anuz]
Wajib Memberikan Perhatian Kepada Tauhid Terlebih Dahulu Sebagaimana Kaedah Para Nabi Dan Rasul

SoalanSyaikh yang mulia, tidak ragu lagi bahawa anda mengetahui tentang kenyataan pahit yang dialami umat Islam sekarang ini berupa kebodohan dalam masalah aqidah dan masalah-masalah keyakinan lain, dan perpecahan dalam metodologi pemahaman dan pengamalan Islam. Apalagi sekarang ini penyebaran dakwah Islam di berbagai belahan bumi tidak lagi sesuai dengan aqidah dan manhaj generasi pertama yang telah mampu melahirkan generasi terbaik.
Tidak ragu lagi bahawa kenyataan yang menyakitkan ini telah membangkitkan ghirah (semangat) orang-orang yang ikhlas dan berkeinginan untuk mengubahnya serta untuk memperbaiki kerosakan.
Hanya saja mereka berbeza-beza cara dalam memperbaiki fenomena tersebut, disebabkan kerana perbezaan pemahaman aqidah dan manhaj mereka-sebagaimana yang anda ketahui-dengan munculnya pelbagai gerakan dan jama'ah-jama'ah Islam Hizbiyyah yang mengaku telah memperbaiki umat Islam selama berpuluh-puluh tahun, tetapi bersamaan itu mereka belum berjaya, bahkan gerakan-gerakan tersebut menyebabkan umat terjerumus ke dalam fitnah-fitnah dan ditimpa musibah yang besar, kerana manhaj-manhaj mereka dan aqidah-qaidah mereka menyelisihi perintah Rasul Shallallahu 'alaihi wa sallam dan apa-apa yang dibawa oleh beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam, dimana hal ini meninggalkan kesan yang besar berupa kebingungan kaum muslimin dan khususnya para pemudanya dalam penyelesaian mengatasi kenyataan pahit ini.
Seorang da'i muslim yang berpegang teguh dengan manhaj nubuwwah dan mengikuti jalan orang-orang yang beriman serta mencontohi pemahaman para sahabat dan tabi'in dengan baik dari kalangan ulama Islam merasa bahawa dia sedang memikul amanat yang sangat besar dalam menghadapi kenyataan ini dan dalam memperbaikinya atau ikut berperan serta dalam menyelesaikannya.
Maka apa nasihat anda bagi para pengikut gerakan-gerakan dan jemaah-jemaah tersebut.?
Dan apa penyelesaian yang bermanfaat dan mengena dalam menyelesaikan kenyataan ini.?
Serta bagaimana seorang muslim dapat terbebas dari tanggung jawab ini di hadapan Allah Azza wa Jalla nanti pada hari Kiamat.?
Jawapan.Berkaitan dengan apa yang disebutkan dalam soalan di atas, iaitu berupa buruknya keadaan umat Islam, maka kami katakan: Sesungguhnya kenyataan yang menyakitkan ini tidaklah lebih buruk daripada keadaan orang Arab pada zaman jahiliyah ketika Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam diutus kepada mereka, disebabkan adanya risalah Islam di antara kita dan kesempurnaannya, serta adanya kumpulan yang wujud di atas Al-Haq (kebenaran), memberi petunjuk dan mengajak manusia kepada Islam yang benar dalam hal aqidah, ibadah, akhlak dan manhaj. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kenyataan orang Arab pada masa jahiliyah menyerupai kenyataan kebanyakan kumpulan-kumpulan kaum muslimin sekarang ini!.
Berdasarkan hal itu, kami mengatakan bahawa: Jalan keluarnya adalah jalan keluar yang pernah ditempuh oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dan ubatnya adalah seperti ubat yang pernah digunakan oleh Rasulullah Shallallahu' alaihi wa sallam.
Sebagaimana Rasulullah telah mengubati jahiliyah yang pertama, maka para juru dakwah Islam sekarang ini harus meluruskan kesalahan pahaman umat akan makna Laa Ilaha Illallah, dan harus mencari jalan keluar dari kenyataan pahit yang menimpa mereka dengan rawatan dan jalan keluar yang di tempuh oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam. Dan makna yang demikian ini jelas sekali apabila kita memperhatikan firman Allah Azza wa Jalla.
"Ertinya: Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari Kiamat dan dia banyak menyebut Allah". [Al-Ahzab: 21]
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam adalah suri teladan yang baik dalam memberikan jalan keluar bagi semua problem umat Islam di dunia moden sekarang ini pada setiap masa dan keadaan.Hal ini yang memerlukan kita untuk memulakan dengan apa-apa yang telah dimulakan oleh Nabi kita Shallallahu 'alaihi wa sallam, iaitu pertama-tama memperbaiki apa-apa yang telah rosak dari aqidah kaum muslimin. Dan yang kedua adalah ibadah mereka.Serta yang ketiga adalah akhlak mereka. Bukannya yang saya maksud dari urutan ini adanya pemisahan perkara antara satu dengan yang lain, ertinya mendahulukan yang paling penting dan sebelum yang penting, dan selanjutnya!. Tetapi yang saya kehendaki adalah agar kaum muslimin memperhatikan dengan perhatian yang sangat besar dan serius terhadap perkara-perkara di atas.
Dan yang saya maksud dengan kaum muslimin adalah para juru dakwah, atau yang lebih tepatnya adalah para ulama di kalangan mereka, kerana sangat disayangkan sekali sekarang ini setiap muslim mudah sekali mendapat predikat sebagai da'i meskipun mereka sangat kurang dalam hal ilmu. Bahkan mereka sendiri menobatkan diri sebagai pendakwah Islam. Apabila kita ingat kepada suatu kaedah yang terkenal-saya tidak berkata kaedah itu terkenal di kalangan ulama saja, bahkan terkenal pula dikalangan semua orang yang berakal-kaedah itu adalah:
"Ertinya: Orang yang tidak mempunyai, tidak dapat memberi".
Maka kita akan mengetahui sekarang ini bahawa di sana ada sekelompok kaum muslimin yang besar sekali, boleh mencapai berjuta-juta jumlahnya, apabila disebut kata: para da'i maka manusia akan mengarahkan pandangan kepada mereka. Yang saya maksudkan adalah jama'ah dakwah atau jama'ah tabligh.Bersamaan dengan itu, kebanyakan mereka adalah sebagaimana firman Allah Azza wa Jalla.
"Ertinya: Akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" [Al-A'raaf: 187].
Sebagaimana diketahui dari kaedah dakwah mereka bahawa mereka itu telah benar-benar berpaling daripada melihat pokok pertama atau perkara yang paling penting diantara perkara-perkara yang disebutkan tadi, iaitu aqidah, ibadah dan akhlak. Dan mereka menolak untuk memperbaiki aqidah di mana Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam memulakan dengannya, bahkan semua nabi bermula dengan aqidah ini. Allah Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman.
"Ertinya: Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyeru):" Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah thaghut ". [An-Nahl: 36].
Mereka tidak mempunyai perhatian terhadap pokok ini dan daripada rukun pertama dari rukun-rukun Islam ini-sebagaimana telah diketahui oleh kaum muslimin semuanya-. Rasul yang pertama di antara para rasul yang mulia Nuh 'Alaihis sallam telah mengajak kepada masalah aqidah hampir seribu tahun. Dan semua mengetahui bahawa pada syariat-syariat terdahulu tidak terdapat butir-butir hukum-hukum ibadah dan muamalah sebagaimana yang telah dikenal dalam agama kita ini, kerana agama kita ini adalah agama terakhir bagi syariat-syariat agama-agama lain.
Bersamaan dengan itu, Nabi Nuh 'Alaihis sallam tetap mengajak kaumnya selama 950 tahun dan beliau menghabiskan waktunya bahkan seluruh perhatiannya untuk berdakwah kepada tauhid.Meskipun demikian, kaumnya menolak dakwah beliau sebagaimana telah dijelaskan dalam Al-Qur'an.
"Ertinya: Dan mereka berkata: 'Jangan sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu dan jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) Wadd, dan jangan pula Suwaa', Yaghuth, Ya'uq dan Nasr". [Nuh: 23].
Ini menunjukkan dengan tegas bahawa sesuatu yang paling penting untuk di prioritaskan oleh para pendakwah Islam adalah dakwah kepada tauhid. Dan ini adalah makna firman Allah Subhanahu wa Ta'ala.
"Ertinya: Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya tidak ada sesembahan (yang berhak diibadahi) melainkan Allah".[Muhammad: 19]
Demikian sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam secara amalan mahupun pengajaran. Adapun amalan beliau, maka tidak perlu dibahas, kerana pada tempoh Makkah perbuatan dan da'wah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam kebanyakan terbatas dalam hal mendakwahkan kaumnya agar beribadah kepada Allah saja, tidak ada sekutu bagi-Nya.
Sedangkan dalam hal pengajaran, disebutkan dalam hadis Anas bin Malik Radhiyallahu anhu yang diriwayatkan di dalam Ash-Shahihain. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ketika mengutus Muadz ke Yaman, beliau bersabda.
"Ertinya: Hendaknya perkara pertama yang engkau serukan kepada mereka adalah pesaksian bahawa tidak ada ilah yang berhak diibadahi kecuali Allah sahaja, maka jika mereka mentaatimu dalam hal itu ..... dan seterusnya sampai akhir hadis. [Hadits Shahih diriwayatkan oleh Al-Bukhari (1395) dan ditempat lain, dan Muslim (19), Abu Daud (1584), At-Tirmidzi (625), semuanya dari hadis Ibnu Abbas Radhiyallahu anhu]
Hadis ini telah diketahui dan masyhur, Insya Allah.
Kalau begitu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam telah memerintahkan para sahabatnya untuk memulakan dengan apa yang dimulakan oleh beliau sendiri iaitu da'wah kepada tauhid.
Tidak diragukan lagi bahawa terdapat perbezaan yang besar sekali antara orang-orang Arab musyrikin di mana mereka itu memahami apa-apa yang dikatakan kepada mereka dengan bahasa mereka, dengan majoriti orang-orang Arab Muslim sekarang ini.
Orang-orang Arab Muslim sekarang ini tidak perlu diseru untuk mengucapkan: Laa Ilaha Illallah, kerana mereka adalah orang-orang yang telah mengucapkan syahadat Laa Ilaha Illallah, meskipun aliran dan keyakinan mereka berbeza-beza. Mereka semuanya mengucapkan Laa Ilaha Illallah, tetapi pada kenyataannya mereka sangat perlu untuk memahami lebih banyak lagi tentang makna kalimat thayyibah ini. Dan perbezaan ini adalah perbezaan yang sangat mendasar dengan orang-orang Arab dahulu dimana mereka itu sombong diri apabila Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menyeru mereka untuk mengucapkan Laa Ilaha Illallah, sebagaimana yang dijelaskan dalam Al-Qur'anul Azhim [1]. Mengapa mereka menyombongkan diri?. Kerana mereka memahami bahawa makna Laa Ilaha Illallah adalah bahawa mereka tidak boleh menjadikan tandingan-tandingan bersama Allah, dan agar mereka tidak beribadah kecuali kepada Allah, padahal mereka telah menyembah selian Allah pula, mereka menyeru selain Allah, beristighatsah (meminta tolong) kepada selain Allah , lebih-lebih lagi dalam masalah nazar untuk selain Allah, bertawasul kepada selain Allah, menyembelih korban untuk selain Allah dan berhukum kepada selain Allah dan seterusnya.
Ini adalah cara-cara kesyirikan paganisme yang dikenali dan dipraktikkan oleh mereka, padahal mereka mengetahui bahawa di antara akibat kalimat thayyibah Laa Ilaha Illallah dari sisi bahasa Arab adalah bahawa mereka harus berlepas diri dari semua perkara-perkara ini, kerana bertentangan dengan makna Laa Ilaha Illallah.
[Disalin dari buku At-Tauhid Awwalan Ya Du'atal Islam, edisi Indonesia TAUHID, Prioritas Pertama dan Utama, oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani, hal 5-15, terbitan Darul Haq, penerjemah Fariq Gasim Anuz]_________Foote Note.[1] Beliau mengisyaratkan kepada firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam surat Ash-Shaffat: "Ertinya: Sesungguhnya mereka dahulu apabila dikatakan kepada mereka: Laa Ilaha Illallah (Tidak ada sesembahan yang berhak diibadahi melainkan Allah) mereka menyombongkan diri, dan mereka berkata : 'Apakah sesungguhnya kami harus meninggalkan sembahan-sembahan kami kerana kami seorang penyair yang gila? " [Ash-Shaffat: 35-36]
sumber: http://almanhaj.or.id

No comments:
Post a Comment